CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 22, 2010

Jakarta

Jakarta

4/3/10 Pada jam 10.30pm kami seramai 3 orang aktivis iaitu Izzat,Mawi dan Anuar bersama Encik Su telah bertolak dari unisel dan singgah sebentar di stesen minyak Pertonas. Kami meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju. Sebelum itu kami singgah di restoran untuk makam malam dan ke rumah bapa Encik Su jam 12.30am. kami tinggal sebentar di rumah bapa Encik Su di KL. Kerana penerbangan kami jam 7am.
5/3/10 Pukul 4.30am kami telah bangun awal dan bergegas ke LCCT. Sesudah sampai di LCCT kami terus check in di kaunter. Penerbangan kami berlepas jam 7am dan sampai jam 8am waktu Indonesia. Sesudah sampai di Lapangan Terbang Jakarta kami telah dijemput oleh Abang Irfan dan Abang Dodi. Dalam perjalanan kami telah singgah bersarapan pagi di kedai RM Setia Baru. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke tanah perkuburan Buya Hamka. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Masjid Agong iaitu Masjid al-Azhar untuk solat jumaat. Sebelum solat jumaat kami telah bertemu Ibu Azizah iaitu Anak Buya Hamka bersama suaminya. Selepas solat jumaat kami telah bertemu ahli Jawatankuasa Masjid mengenai kehadiran kami. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah Abang Yus iaitu Anak Buya Hamka untuk melihat buku karangan bapanya. Beliau juga menjual buku-buku tersebut. Selepas itu kami pulang ke Hotel Shahida untuk istirehat. Pada malam itu kami hanya bertiga sahaja didalam bilik dan Encik Su berihat ke rumah Abang Irfan yang tidak jauh dari hotel kami. Pada malam itu kami keluar untuk makan dan sempat singgah ke Ciber Cafe. Lepas itu kami pulang semula ke hotel untuk rehat..
6/3/10 Bangun pagi solat subuh dan ke rumah Pak Rusdi iaitu Anak Buya Hamka untuk menemubual mengenai hamka. Selepas itu kami semua ke pameran buku di Stadium Badminton Gelora Bung Karno. Kami telah membeli pelbagai buku di situ. Terutamanya buku Wali Songgo untuk kajian kami. Selepas membeli buku kami terus ke rumah Ibu Azizah iaitu Anak Buya Hamka untuk menemubual mengenai Buya Hamka dan kebetulan adik perempuan Ibu Azizah hadir pada malam itu yang turut berkongsi pengalaman sebagai Anak Buya Hamka. Kami telah solat maghrib berjemaah dan makan bersama dirumahnya. Semasa menemubual Ibu Azizah kami sangat teruja apa yang berlaku ketika itu mengenai buya hamka. Selepas itu kami bergambar bersama Ibu Azizah serta keluarga sebagai kenang-kenangan bersama. Saya anggap Ibu Azizah seperti nenek saya dia seorang yang penyayang bagi saya. Kami pun pulang ke rumah Abang Irfan yang berdekatan dengan Hotel Shahida untuk berehat dan bangun awal keesokan paginya.
7/3/10 Kami bangun pagi jam 4.30am untuk bersiap ke Lapangan Terbang Jakarta.kami berasa sedih untuk meninggalkan Abang Dodi dan Abang Irfan yang banyak membantu tidak kira apa pun. Kami sempat bergambar bersama sebelum memasuki balai pelepasan. Penerbangan kami dalam jam 6.25 hingga jam 9.30am waktu Malaysia dan solat subuh didalam kapal terbang. Selepas sampai kami telah di jemput oleh bapa Encik Su iaitu pak cik ishak ke rumah seterusnya pulang ke unisel walaupun ketika itu dalam perjalanan yang agak sesak…..